- Guru memainkan peranan penting dalam menerapkan adab-adab yang baik dan yang telah ditetapkan dalam sesuatu aktiviti harian kanak-kanak.
- Antara adab-adab yang perlu diterapkan ialah :
- Ketika makan
- Membasuh tangan sebelum makan
~Nabi SAW bersabda maksudnya : "Keberkatan makanan itu ialah membasuh (tangan) sebelumnya (sebelum makan) dan membasuh selepasnya."
(Hadis Riwayat Abu Daud dan Turmudzi).
- Membaca Bismillah
~Nabi SAW telah bersabda kepada seorang kanak-kanak yang makan di samping baginda maksudnya : "Wahai kanak-kanak, sebutlah nama Allah.."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
- Membaca doa makan
~Sabda Nabi SAW, yang maksudnya :
"Allaahumma baarik lanaa fiimaa razaqtanaa wa qinna'adzaabannar.
Maksudnya : Ya Allah, berkahilah rezeki yang Engkau rezekikan kepada kami, dan peliharalah kami dari siksa Neraka." (Hadis Riwayat Ibnu As-Sunni)
- Makan dan minum dengan tangan kanan
~Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Apabila salah seorang di antara kamu makan, hendaklah dia makan dengan menggunakan tangan kanannya dan apabila dia minum hendaklah dia minum dengan menggunakan tangan kanannya kerana sesungguhnya syaitan itu, dia makan dengan menggunakan tangan kirinya dan minum juga dengan menggunakan tangan kirinya."
(Hadis Riwayat Muslim).
#Makruh makan dan minum dengan menggunakan tangan kiri kerana ianya adalah di antara adat-adat syaitan dan sesiapa yang melakukan sedemikian, bererti dia menyerupanya. Termasuk juga apabila kita mengambil lauk pauk di dalam majlis hendaklah menggunakan tangan kanan bukan tangan kiri kerana adat melayu yang mengambil lauk tangan kiri (takut sudu kotor) adalah tidak ikut sunnah.
- Makan makanan yang mengiringi (makanan yang terdekat)
Nabi SAW bersabda maksudnya : "..dan makanlah (dengan memulakan makan) makanan yang mengiringi engkau."
(Hadis Riwayat Bukhari).
- Duduk semasa makan
- Tidak bercakap semasa makan
- Membasuh kedua tangan selepas makan
2. Ketika belajar
- Menghormati guru
- Berkelakuan baik dengan guru dan rakan-rakan
- Berdoa sebelum memulakan pembelajaran
- Bertolak ansur ketika berkongsi barang dengan rakan-rakan
- Sering mengingatkan kanak-kanak tentang Allah, Rasul, Al-Quran, Ibu-bapa dan keluarga
- Melatih kanak-kanak untuk mengingati Rukun Islam, Rukun Iman, ayat-ayat lazim
- Menerapkan nilai-nilai murni seperti kasih sayang, bertanggungjawab, berterima kasih, hormat-menghormati, kerjasama, toleransi, berdisiplin serta banyak lagi
- Menyuruh melakukan perkara yang baik dan meninggalkan perkara yang tidak baik
3. Ketika bermain
- Bertolak ansur
- Tidak sombong, mesra dalam pergaulan dengan rakan-rakan tetapi tidak melebihi batas pergaulan antara lelaki dan perempuan
- Belas kasihan antara satu sama lain - bantu membantu sekiranya rakan dalam kesusahan
- Tidak mementingkan diri sendiri
- Tidak menggunakan perkataan-perkataan yang tidak elok dengan rakan-rakan
4. Adab berpakaian
- Berpakaian kemas
- Menjaga kebersihan diri dan pakaian - - biar tidak baru, asalkan bersih
- Berbau wangi - sunnah Rasulullah
- Berdisiplin - mematuhi peraturan pemakaian yang telah ditetapkan
No comments:
Post a Comment