Saturday 20 September 2014

~MARI KITA BACA DOA~




  










Hafazan Surah-surah Pendek buat Kanak-Kanak


















25 Adab Penting Buat Si Anak Kecil ~TAKE NOTE~ :D

http://www.hasrulhassan.com/2014/02/25-adab-penting-buat-si-anak-kecil.html

Adab 1
Apabila ingin meminta pertolongan, dahulukannya dengan perkataan “tolong.”


Adab 2
Apabila menerima sesuatu, jangan lupa mengucapkan “terima kasih.”


Adab 3
Jangan menyampuk dalam perbualan orang lain kecuali apabila benar-benar perlu. Ajar si manja agar memberi respons sejurus anda selesai bercakap mengenai sesuatu perkara dengannya.


Adab 4
Sekiranya si manja memerlukan perhatian anda secara serta-merta, latih si manja untuk mengucapkan “maafkan saya...” Ucapan maaf ini adalah sebaik-baik interaksi penuh adab yang boleh dipraktikkan khususnya bila si manja ingin mencelah di dalam sesuatu perbualan.


Adab 5
Latih si manja untuk bertanya. Lebih-lebih lagi jika wujud perasaan ragu-ragu untuk melakukan sesuatu perkara.
Adab 6
Orang lain tidak berminat untuk mengetahui perkara yang kita tidak gemari. Jadi, latih dirinya untuk berkongsi tentang sesuatu ‘pandangan negatif’ yang ada dalam dirinya hanya dengan individu terdekat sahaja.


Adab 7
Jangan biasakan diri memberi komen tentang fizikal orang lain. Kecualilah komen itu boleh dikategorikan sebagai pujian kepada individu terbabit.


Adab 8
Apabila orang lain bertanya khabar anda, jawab dan susuli dengan pertanyaan tentang khabarnya pula.


Adab 9
Bila berkunjung ke rumah orang lain, jangan lokek dengan ucapan terima kasih berulang kali sebagai tanda penghargaan kepada tuan rumah yang meraikan kehadiran tetamunya.


Adab 10
Ketuk pintu yang tertutup. Tunggu dan lihat respons sebelum masuk.


Adab 11
Apabila membuat panggilan telefon, jangan lupa memperkenalkan diri terlebih dahulu. Kemudian barulah bercakap dengan orang yang ingin dihubungi.


Adab 12
Menghargai dan ucap “terima kasih” apabila menerima sebarang pemberian.
Adab 13
Jangan sesekali menggunakan kata-kata kesat dalam perbualan. Setiap perkataan mudah diresapi dalam minda kanak-kanak.


Adab 14
Jangan panggil orang lain dengan gelaran yang tidak baik.


Adab 15
Jangan mempersendakan orang lain tanpa sebarang sebab.


Adab 16
Jangan mudah menunjukkan rasa bosan di hadapan anak-anak. Lebih-lebih lagi sewaktu melakukan aktiviti yang positif seperti gotong-royong atau mendengar ceramah. Tingkah laku ini boleh meninggalkan kesan negatif kepada anak-anak kecil ini.


Adab 17
Jika terjumpa atau berselisih dengan seseorang yang dikenali, ucapkan ‘Assalamualaikum’ atau ‘hai’.


Adab 18
Tutup mulut setiap kali batuk atau bersin. Jangan sesekali mengorek hidung di hadapan khalayak ramai.


Adab 19
Apabila membuka dan ingin melalui sesebuah pintu, pegang sementara pintu tersebut sambil memberi laluan kepada orang yang berada di belakang anda. Secara tidak langsung, anda menunjukkan sikap menghormati orang lain kepada si manja.


Adab 20
Apabila melihat ahli keluarga, jiran atau individu yang dikenali sedang melakukan sesuatu kerja, ringankan mulut untuk bertanya “ada apa-apa yang boleh saya tolong?” Jika mereka jawab “ya,” bantulah mereka. Si manja akan mempelajari sesuatu yang baharu.
Adab 21
Apabila seseorang meminta bantuan, hulurkanlah pertolongan kepadanya tanpa membebel atau merungut.


Adab 22
Apabila seseorang menghulurkan bantuan, jangan lupa ucapkan “terima kasih.” Tegaskan kepada si manja bahawa ucapan terima kasih itu boleh menjadikan orang lain suka dan sedia menolong kita pada masa-masa akan datang.


Adab 23
Gunakan perkakas makanan dengan betul. Terangkan kepada anak anda satu persatu tentang perkakas makanan yang kerap digunakannya supaya si manja dapat membiasakan diri apabila berada di luar rumah.


Adab 24
Sentiasa bawa tisu atau sapu tangan bersama. Ia boleh digunakan untuk menutup mulut apabila batuk atau bersin, mengelap tangan dan menyapu sebarang kekotoran yang ada bila perlu.


Adab 25
Jangan biasakan diri mencapai sesuatu barang di atas meja. Sebaiknya bertanya dan minta bantuan untuk barang itu dihulurkan kepada anda.


Sumber: Majalah Pa dan Ma

::::Cara mendidik Anak menurut Islam:::



*Peringkat Umur antara 5 hingga 7 tahun.

Pada peringkat umur antara 5-7 tahun, memerlukan teknik pendidikan yang lebih luas dan menyeluruh. Pengisian antara keperluan rohani dan jasmani perlu didedahkan serentak dan diseimbangkan. Teknik pembelajaran dan pengajaran perlu menggunakan kaedah yang sesuai kerana kanak-kanak biasanya akan belajar(mengikut) berdasarkan pemerhatian iaitu apa yang dilakukan oleh individu disekelilingnya terutama ahli keluarganya.
Menurut pandangan Islam, pada peringkat ini anak-anak wajar didedahkan dengan latihan menulis, membaca, mengira dan berbahasa. Pendidikan yang wajar didedahkan pada peringkat ini ialah bab ibadah dan akhlak. Misalnya kanak-kanak yang baru meningkat umur mumayyiz hendaklah dilatih mendirikan sembahyang. Seterusnya adab-adab yang mulia hendaklah mula diterapkan dalam bentuk latihan amali seperti:

1) Mendidik anak supaya taat dan beradab kepada kedua ibubapanya; timbulkan kesedaran kepada mereka bahawa pengorbanan ibubapa terhadapnya adalah amat besar dan mereka perlu bersyukur kerana menjadi anak yang masih mempunyai kedua ibubapa. Ini dapat mengeratkan hubungan mesra, rasa kasih sayang antara ahli keluarga.

2) Mengajar anak supaya taat dan beradab kepada guru dan orang yang lebih tua daripadanya; guru merupakan orang yang bertanggungjawab mendidik dan menyampaikan ilmu manakala orang yang lebih tua adalah orang yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan daripadanya.

3) Mengajar anak bercakap atau bergaul dengan baik; anak-anak hendaklah dilatih bercakap benar, sopan santun dan mengucapkan perkataan yaang baik-baik. Kanak-kanak biasanya begitu sensitif dengan pendengarannya, ia mudah terikut-ikut dengan apa yang didengarnya. Sebab itu jika ibubapa mahu menegur atau memarahi mereka, hendaklah menggunakan bahasa yang paling sopan bukannya dengan bahasa yang kesat, kasar dan keras.

4) Mengajar anak-anak adab bergaul dengan rakan-rakan; anak-anak harus dinasihatkan agar tidak berbangga atau meninggi diri di hadapan rakan sebayanya, jangan sekali-kali menyakiti atau mengambil hak orang lain .

5) Mengajar anak adab makan minum yang baik; sifat atau sikap yang tidak sopan seperti gelojoh ketika makan hendaklah ditegah, sebaliknya anak-anak dilatih dulu dengan adab-adab makan seperti mencuci tangan, duduk dengan sopan serta berdoa sebelum dan sesudah makan.

6) Mengajar anak adab berpakaian; pakaian yang dipilih hendaklah menutup aurat dan bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

7) Mengajar adab dan bangun daripada tidur; sebaiknya hendaklah mengadap qiblat, membersihkan diri sebelum dan selepas bangun daripada tidur.

8) Mengajar anak adab masuk dan keluar tandas, anak-anak perlu diajar cara membuang air kecil/besar dan cara masuk ke dalam tandas seperti membaca doa, menutup kepala,membelakangkan qiblat dan sebagainya.

Friday 19 September 2014

*Penerapan adab- adab dalam Aktiviti Harian Kanak-Kanak* #ANAKSOLEHSOLEHAH


  • Guru memainkan peranan penting dalam menerapkan adab-adab yang baik dan yang telah ditetapkan dalam sesuatu aktiviti harian kanak-kanak.
  • Antara adab-adab yang perlu diterapkan ialah :
  1. Ketika makan
  • Membasuh tangan sebelum makan

~Nabi SAW bersabda maksudnya : "Keberkatan makanan itu ialah membasuh (tangan) sebelumnya (sebelum makan) dan membasuh selepasnya."
(Hadis Riwayat Abu Daud dan Turmudzi).
  • Membaca Bismillah
~Nabi SAW telah bersabda kepada seorang kanak-kanak yang makan di samping baginda maksudnya : "Wahai kanak-kanak, sebutlah nama Allah.."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

  • Membaca doa makan

~Sabda Nabi SAW, yang maksudnya :
"Allaahumma baarik lanaa fiimaa razaqtanaa wa qinna'adzaabannar.
Maksudnya : Ya Allah, berkahilah rezeki yang Engkau rezekikan kepada kami, dan peliharalah kami dari siksa Neraka." (Hadis Riwayat Ibnu As-Sunni)

  • Makan dan minum dengan tangan kanan 

~Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Apabila salah seorang di antara kamu makan, hendaklah dia makan dengan menggunakan tangan kanannya dan apabila dia minum hendaklah dia minum dengan menggunakan tangan kanannya kerana sesungguhnya syaitan itu, dia makan dengan menggunakan tangan kirinya dan minum juga dengan menggunakan tangan kirinya."
(Hadis Riwayat Muslim).

#Makruh makan dan minum dengan menggunakan tangan kiri kerana ianya adalah di antara adat-adat syaitan dan sesiapa yang melakukan sedemikian, bererti dia menyerupanya. Termasuk juga apabila kita mengambil lauk pauk di dalam majlis hendaklah menggunakan tangan kanan bukan tangan kiri kerana adat melayu yang mengambil lauk tangan kiri (takut sudu kotor) adalah tidak ikut sunnah.
  • Makan makanan yang mengiringi (makanan yang terdekat)
Nabi SAW bersabda maksudnya : "..dan makanlah (dengan memulakan makan) makanan yang mengiringi engkau."
(Hadis Riwayat Bukhari).
  • Duduk semasa makan
  • Tidak bercakap semasa makan
  • Membasuh kedua tangan selepas makan
2. Ketika belajar

  • Menghormati guru
  • Berkelakuan baik dengan guru dan rakan-rakan
  • Berdoa sebelum memulakan pembelajaran
  • Bertolak ansur ketika berkongsi barang dengan rakan-rakan
  • Sering mengingatkan kanak-kanak tentang Allah, Rasul, Al-Quran, Ibu-bapa dan keluarga
  • Melatih kanak-kanak untuk mengingati Rukun Islam, Rukun Iman, ayat-ayat lazim
  • Menerapkan nilai-nilai murni seperti kasih sayang, bertanggungjawab, berterima kasih, hormat-menghormati, kerjasama, toleransi, berdisiplin serta banyak lagi
  • Menyuruh melakukan perkara yang baik dan meninggalkan perkara yang tidak baik
3. Ketika bermain
  • Bertolak ansur 
  • Tidak sombong, mesra dalam pergaulan dengan rakan-rakan tetapi tidak melebihi batas pergaulan antara lelaki dan perempuan
  • Belas kasihan antara satu sama lain - bantu membantu sekiranya rakan dalam kesusahan
  • Tidak mementingkan diri sendiri
  • Tidak menggunakan perkataan-perkataan yang tidak elok dengan rakan-rakan 
4. Adab berpakaian
  • Berpakaian kemas
  • Menjaga kebersihan diri dan pakaian -  - biar tidak baru, asalkan bersih
  • Berbau wangi - sunnah Rasulullah
  • Berdisiplin - mematuhi peraturan pemakaian yang telah ditetapkan 


"Jom Kenali Rasulullah SAW " #BIODATA RASULULLAH SAW

~ NAMA: 
- MUHAMMAD BIN ABDULLAH -


~ BAPA: 
ABDULLAH BIN ABDUL MUTTALIB BIN HASHIM BIN ABD. MANAF BIN QUSAY BIN KILAB BIN MURRAH


~ IBU: 
AMINAH BINTI WAHAB BIN ABDUL MANAF BIN ZUHRAH BIN KILAB BIN MURRAH


~ NENEK ( SEBELAH BAPA ): 
FATIMAH BINTI UMAR AL-MAKHZUMIYAH


~ NENEK ( SEBELAH IBU ): 
BURRAH BINTI ABDUL UZZA BIN USMAN BIN ABDUL DAR BIN QUSAY BIN MURRAH


~ TARIKH LAHIR: 
ISNIN SEBELUM TERBIT MATAHARI 12 RABIUL AWAL TAHUN KE 53 SEBELUM HIJRAH 570 MASIHI 


~ TEMPAT LAHIR: 
MAKKAH AL- MUKARAMAH BERHAMPIRAN BUKIT SOFA ( RUMAH ABU TALIB )


~ TARIKH DIANGKAT MENJADI NABI:
27 RAMADHAN, TAHUN KE 13 SEBELUM HIJRAH/609 MASIHI ( GUA HIRA’ ) MAKKAH AL- MUKARAMAH

~ UMUR KETIKA DIANGKAT MENJADI NABI:
40 TAHUN


~ WAFAT: 
ISNIN SEBELUM TENGAHARI 12 RABIUL AWAL TAHUN KE 11 HIJRAH/632MASIHI DI MADINA

~ PEKERJAAN: 
1) PENGEMBALA KAMBING 
2) BERNIAGA ( SEHINGGA BERUMUR 40 TAHUN ) 
3) BERTUGAS SECARA RESMI SEBAGAI NABI/RASUL ( MENYAMPAIKAN RISALAH ALLAH )


~ TANDA ISTIMEWA: 
1) COP KENABIAN DIANTARA 2 BAHU 
2) SENTIASA DI NAUNGI OLEH BAYANGAN AWAN KEMANA SAHAJA BAGINDA PERGI


~ SIFAT: 
WAJAH PUTIH BERSIH BERSERI/BERCAHAYA, MATA HITAM, RANBUT HITAM, KETINGGIAN SEDERHANA DAN DADA BIDANG

* Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.

~ 4 SIFAT-SIFAT TERPUJI: 
1) SIDDIQ -BERKATA BENAR
2) AMANAH- BOLEH DIPERCAYAI 
3) TABLIGH- PENYAMPAI AJARAN ISLAM
4) FATANAH- BIJAKSANA

KEISTIMEWAAN: 
PEMBAWA RAHMAT SEKELIAN ALAM


WARNA KEGEMARAN: 
HIJAU, HITAM, MERAH DAN PUTIH

MAKANAN KEGEMARAN: 
KURMA, BALI, BUAH TIN & ANGGUR

SUKAN KEGEMARAN:
MENUNGGANG KUDA, MEMANAH & BERENANG

PEPERANGAN YANG DISERTAI:
1) PERANG BADAR
2) PERANG UHUD
3) PERANG BANI NADHIR
4) PERANG KHANDAK
5) PERANG BANI QURAZHAH
6) PERANG KHAIBAR
7) PERANG FATHU MAKKAH
8) PERANG HUDAIBIYYAH
9) PERANG TABUK



NAMA BIDAN: 
SHIFA BINTI AUF ( UMMU ABD.RAHMAN )


NAMA PENJAGA: 
UMMU AIMAN


NAMA PENYUSU: 
1) TSUWAIBAH AL-ASLAMIAH 
2) HALIMAH BINTI DZUAIB AS-SAADIAH


SAUDARA SESUSUAN: DARIPADA TSUWAIBAH:
1) ABDULLAH BIN JAHAY
2) HAMZAH BIN ABD. MUTALIB 
3) ABU SALAMAH BIN ABD. ASAD 
4) MASRUH BIN TSUWAIBAH ( DARIPADA HALIMAH ):
1) ABDULLAH BIN AL-HARITH 
2) ANISAH BINTI AL-HARITH 
3) HUZAIFAH BIN AL-HARITH

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

BAPA SAUDARA:
1) AL-HARITH
2) MUQAWWAM
3) HAMZAH *
4) AL-ABBAS *
5) ABU TALIB
6) ABU LAHAB (ABDUL UZZA)
7) ABDUL KAABAH
8) HIJL
9) ZIRAR
10) GHAIDAQ

IBU SAUDARA:
1) UMAIMAH
2) ATIKAH #
3) ARWA #
4) UMAIMAH
5) BARRAH
6) AL-BIDHA (UMMU HAKIM)
7) SAFIAH *


* Sempat masuk Islam.
# Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

12 ISTERI – ISTERI RASULLULLAH:

SITI KHADIJAH BINTI KHUWAILID R.H
SAUDAH BINTI ZAM’AH R.H
AISHAH BINTI ABU BAKAR R.H
HAFSAH BINTI UMAR R.H
ZAINAB BINTI KHUZAIMAH R.H
UMMU SALAMAH HINDUN BINTI ABU UMAYYAH R.H
ZAINAB BINTI JAHSY R.H
JUWAIRIAH BINTI AL-HARITH R.H
SAFIYYAH BINTI HUYAI R.H
UMMU HABIBAH RAMLAH BINTI ABU SUFIYAN R.H
MAIMUNAH BINTI AL-HARITH R.H
MARIAH BINTI SYAM’UN R.H

7 ANAK-ANAK RASULULLAH:

AL-QOSIM R.A
ABDULLAH R.A
IBRAHIM R.A
ZAINAB R.H
RUQAYYAH R.H
UMMU KALTHUM R.H
FATIMAH R.H

10 CUCU-CUCU RASULULLAH:

ALI R.A
ABDULLAH R.A
AL –HASSAN R.A
AL-HUSAIN R.A
YAHYA R.A
MUHAMMAD R.A
UMAMAH R.H
UMMU KALTHUM R.H
ZAINAB R.H
RUQAYYAH R.H

BINATANG KESAYANGAN NABI:

4 EKOR KALDAI( KELDAI KESAYANGAN RASULULLAH BERNAMA DUL- DUL)
20 EKOR UNTA ( UNTA KESAYANGAN RASULLULLAH BERNAMA ATBA )
20 EKOR KUDA ( KUDA KESAYANGAN RASULLULLAH BERNAMA YA’AFUR )


10 SAHABAT RASULULLAH YANG DIJAMIN SYURGA:

ABU BAKAR AS-SIDDIQ R.A
UMAR BIN KHATTAB R.A
USMAN BIN AFFAN R.A
ALI BIN ABU TALIB R.A
THALHAH BIN UBAIDILLAH R.A
ZUBAIR BIN AWWAM R.A
SAAD BIN ABI WAQAS R.A
SAID BIN ZAID R.A
ABDUL RAHMAN BIN AUF R.A
ABU UBAIDAH BIN AL-JARRAH R.A

PERKARA YANG KHUSUS KEPADA RASULULLAH:

  • MUSUH MERASA TAKUT SEBELUM MENEMUI RASULULLAH DALAM JARAK TEMPOH SEBULAN ( HADITH RIWAYAT BUKHARI )
  • RASULULLAH DI ANUGERAHI KEFASIHAN DALAM BERBICARA ( RIWAYAH MUSLIM )
  • MAKSUM ( TERPELIHARA DARI DOSA )
  • KELUARGA DAN KETURUNANNYA DILARANG MENERIM ZAKAT DAN SEDEKAH
  • DIANTARA KEDUA BAHUNYA ADA TANDA KENABIAN
  • QIMULAILDI WAJIBKAN BAGINYA
  • SAAD MATANYA TERPEJAM HATINYA TETAP TERJAGA ( HADITH RIWAYAT BUKHARI )
  • JANDA RASULULLAH DILARANG MENIKAHI OLEH SESIAPA
  • ALLAH MENGIZINKAN MENIKAHI WANITA MELEBIHI 4 ORANG
  • PEMIMPIN BANI ADAM
  • PENUTUP PARA NABI DAN ALLAH MENGUTUSKAN KEPADA SELURUH UMAT MANUSIA ( HADITH RIWAYAT MUSLIM )

10 AMANAT TERAKHIR RASULULLAH ( KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH ):

  • MENJAGA JIWA DAN HARTA SETIAP ORANG MUSLIM SEBAGAI AMANAH SUCI
  • JANGAN KAMU SAKITI SESIAPA PUN AGAR ORANG LAIN TIDAK MENYAKITI KAMU
  • MENGINGATI HARI KEMATIAN DAN HARI PEMBALASAN
  • RIBA’ ADALAH DI HARAMKAN DI SISI ISLAM
  • BERWASPADA TERHADAP GODAAN SYAITAN DEMI KESELAMATAN AGAMA ISLAM WALAUPUN DALAM HAL-HAL YANG KECIL
  • MENJAGA KEHARMONIAN SUAMI ISTERI
  • MENGHARAMKAN ZINA
  • SEMPURNAKAN LIMA (5) RUKUN ISLAM
  • MENGEKALKAN IKATAN SILATURAHIM SESAMA ISLAM(SEMUA UMAT ISLAM ADALAH BERSAUDARA)
  • BERPEGANG TEGUH KEPADA AI-QURAN DAN SUNNAH


KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.



Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:



· Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw

· Aku melihat cahaya dari lidahnya.

· Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.

· Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

· Rasulullah umpama matahari yang bersinar.

· Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

· Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.

· Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.

· Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

· Wajahnya seperti bulan purnama.

· Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.

· Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.

· Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.

· Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

· Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.

· Mulut baginda sederhana luas dan cantik.

· Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

· Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.

· Janggutnya penuh dan tebal menawan.

· Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.

· Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.

· Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.

· Rambutnya sedikit ikal.

· Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.

· Rambutnya terbelah di tengah.

· Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.

· Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.

· Seimbang antara kedua bahunya.

· Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.

· Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

· Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.

· Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.

· Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

· Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.

· Warna putihnya lebih banyak.

· Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.

· Warna kulitnya putih tapi sihat.
والله أعلم بالصواب
(HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI APA YANG BENAR)

Monday 15 September 2014

Rukun Islam yang Pertama ~ Mengucap dua kalimah syahadah~


Syahadah ialah pengakuan tentang keesaan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasulnya. Dengan mengucapkan dua kalimah syahadah sahlah seseorang itu sebagai seorang Muslim. Maka segala kefardhuan dalam islam menjadi wajib ke atasnya dengan kata lain mesti dilaksanakan.

Kita wajib mengakui bahawa tiada tuhan melainkan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah.

Syahadah pada bahasa membawa maksud : iqrar, pengakuan dan keyakinan.

Pada istilah pula syahadah ialah pengakuan tentang keesaan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW itu sebagai rasulnya.

Orang yang mengucap dua kalimah syahadah wajib yakin dengan erti kalimah dan mengamalkannya.

Mengucap dua kalimah syahadah ialah syarat seseorang itu memeluk agama Islam dan dipanggil muslim.
Terdapat beberapa perkara yang dituntut di dalam kalimah syahadah :
1. Amar maaruf dan nahi mungkar.
2. Sentiasa bersyukur atas segala rahmatnya.
3. Menjadikan al-Quran dan hadis sebagai pegangan.
4. Menjadi hamba Allah SWT yang taat dan seti menjalankan perintahnya.

Sebab yang mewajibkan orang Islam mengucapkan dua kalimah syahadah kerana :
* Syahadah adalah tanda seseorang itu beragama Islam.
* Dalam solat kita mengucapkan dua kalimah syahadah.

Friday 12 September 2014

#Sambungan keperibadian Rasulullah.... akhlak-akhlak terpuji Rasulullah.. :D



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ






Firman Allah SWT:-


“Dan sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang tinggi (mulia).” (Surah Al-Qalam : 4)

Di antara sikap dan sifat Rasulullah SAW adalah:-

  • Paling penyabar
  • Tidak sombong
  • Tawaduk dan Tenang
  • Tidak terganggu dengan urusan dunia
  • Paling berani, paling adil dan paling menjaga diri.
  • Sangat pemalu – tidak tetap pandangannya pada muka seseorang
  • Mengasihi umat dan menyayangi ahli bait (keluarga) dan sahabatnya.
  • Suka menunaikan pelawaan/undangan hamba sahaya dan orang merdeka
  • Tangan Baginda tidak pernah menyetuh wanita yang bukan hambanya atau muhrimnya.
  • Baginda adalah manusia yang pemurah, suka bersedekah apa yang ada pada dirinya.
  • Makanannya hanyalah tamar dan syair, selebihnya adalah untuk jalan fiisabilillah
  • Menampal sandalnya, kainnya dan mengurus kepentingan keluarganya.
  • Lebih mengutamakan orang lain daripada diri baginda sendiri.
  • Tidak pernah meminta pertolongan orang-orang musrik
  • Menerima hadiah walaupun seteguk air/sepaha arnab
  • Baginda akan membalas hadiah yang diterima.
  • Baginda tidak memakan harta sedekah.
  • Makan tanpa bersandar dan tanpa meja
  • Baginda akan berhenti makan sebelum kenyang
  • Paling beradab ketika makan dan menghadap hidangan
  • Suka berpuasa, mengikat batu pada perutnya apabila lapar
  • Saputangannya adalah kedua telapak kakinya.
  • Bercincin perak di jari manis kanan dan kiri
  • Menyukai kebersihan dan bau-bauan
  • Menyukai jubah bulu/syamlah
  • Berkenderaan kaldai dan unta
  • Mengunjungi orang susah dan sakit
  • Memuliakan orang-orang berakhlak
  • Pembela golongan lemah dan wanita
  • Memuliakan tetamu dan jiran tetangga
  • Suka menasihati dan member tunjuk ajar
  • Berbuat baik dengan golongan bangsawan
  • Tidak takut kepada raja kerana kerajaannya
  • Duduk dan makan bersama orang-orang miskin
  • Tidak berdendam, Tidak memutuskan silaturrahim
  • Tidak memukul kecuali bertujuan di atas jalan Allah SWT
  • Bergurau/tersenyum dan tidak mengatakan kecuali yang benar.
  • Memarahi dan melaksanakan kewajipannya atas dasar kebenaran
  • Tidak pernah mencaci, memaki hamun, mengutuk dan menganiaya
  • Menghindari memfitnah, mengumpat, hasad dengki dan tamak haloba.
  • Baginda ummi dan hafiz/paling fasih/merdu bacaan Al-Qur’an/Lughah Arab
  • Paling kuat ibadatnya, paling berilmu/arif, paling banyak taubat dan syukurnya dll.
  • Berkinayah/berdiam diri dengan nampak tanda tidak menggemari perkara yang tidak disukainya (makruh contohnya)
  • Dan banyak lagi.
Wallahulam... 


Friday 5 September 2014

~ Mari Mengenali Nabi Kita ~ Rasulullah S.W.T idola kita.. Contohilah keperibadian baginda..


Nabi Muhammad pesuruh Allah...


Antara sifat peribadi Rasulullah :
1. Manusia yang amat bertolak ansur.
2. Manusia yang berani,adil dan sopan santun sekali.
3. Tangannya tidak pernah sekali menyentuh kulit wanita ajnabi.
4. Amat permurah.
5. Suka membalas hadiah.
6. Tidak menerima atau memakan sesuatu pemberian sedekah.
7. Sangat marah jika hak Allah dicabuli, tetapi tidak marah kalau haknya dilanggari.
8. Sangat pendiam tetapi tidak sombong.
9. Sangat berbelas kasihan kepada semua manusia.

Bersambung...
Cool Red Pointer Glitter