Saturday 30 August 2014

Pengenalan

Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai. 

Tunjang ini merangkumi pendidikan islam dan pendidikan moral. Dalam Pendidikan Islam, murid akan mempelajari Rukun Islam, Rukun Iman, Sirah Rasulullah dan Kalimah Syahadah. Selain itu, mereka juga akan mempelajari cara bersuci, berwuduk serta mempelajari dan melakukan pergerakan solat serta mencontohi akhlak-akhlak Rasullah. Mereka juga diajar melakukan aktiviti harian mengikut adab-adab tertentu yang telah ditetapkan. Selain itu, mereka diberi pendedahan kepada asas Bahasa Arab, hurif hijaiyah dan jawi. Murid-murid juga akan melakukakan hafazan bagi surah-surah pendek dan doa-doa pilihan. Manakala dalam Pendidikan Moral murid-murid akan dipupuk dengan perlakuan-perlakuan bermoral sepanjang berada di prasekoah. Perlakuan ini diterapkan dalam aktiviti harian mereka. Nilai-nilai yang akan difokuskan adalah terkandung dalam KSPK dan diantaranya adalah seperti kepercayaan kepada tuhan, baik hati, bertanggungjawab, berterima kasih, berhemah tinggi, hormat-menghormati dan sebagainya. Kecekapan tenaga akan diterapkan dalam tunjang ini semasa murid-murid ini melakukan aktiviti harian secara beradab dan bermoral. Untuk itu, dalam melakukan aktiviti harian, penerapan elemen kecekapan tenaga dapat dilakukan dengan mengamalkan budaya penjimatan penggunaan tenaga elektrik. Sebagai contoh, dalam pendidikan islam, penerapan elemen kecekapan tenaga dapat dilakukan apabila murid membuka lampu dan membaca doa sebelum masuk ke tandas serta menutup lampu dan membaca doa selepas keluar dari tandas. Manakala dalam pendidikan moral, murid-murid akan membuka lampu sebelum masuk ke tandas dan menutupnya selepas keluar dari tandas. Amalan seperti ini akan memberi pendedahan kepada murid bahawa mereka mempunyai tanggungjawab terhadap penggunaan tenaga elektrik sama ada di rumah mahupun di sekolah. Dengan yang demikian, murid-murid ini mampu menjadikan tanggungjawab tersebut sebagai budaya hidup dalam menjimatkan penggunaan tenaga.

No comments:

Post a Comment

Cool Red Pointer Glitter